PROFILE

FADHILAH GROUP adalah syarikat yang terletak di Tawau, Sabah. Ianya ditubuhkan pada tahun 1997.
Kami bergerak dalam bidang pemasaran dan penjualan hasil laut basah dan kering, CPO (crude plam oil), RBD PLAM OIL, STEM COAL (arang batu) dan lain-lain lagi. Aktiviti kami pada awalnya bersifat lokality market, yang bergerak pada bidang hasil tertentu sahaja. Melihat paradigma yang begitu konservatif dari segi produk dan kompetitif dari harga. Maka kami mengambil langkah memasarkan beberapa produk yang cukup bernilai tinggi, kerana ianya merupakan keperluan semasa yang sangat signifikan.
FADHILAH GRUOP menawarkan corak bisnes yang mengarah kepada tawaran kerjasama atau menjadi duta dari syarikat yang berminat membeli produk-produk yang kami tawarkan. Prinsip kerjasama ini kami anggap lebih efektif dan efesyen dari segi masa, bahkan lebih produktiviti dan tepat guna. Dengan mengambil kira kepentingan, keselesaan dan manfaat kedua belah pihak.
FADHILAH GRUOP menggunakan sistem pembayaran FOB TT, yang merupakan sistem pembayaran yang kami anggap lebih selamat dengan kata lain "ada duit ada barang".
FADHILAH GRUOP mempunyai prinsip bisnes "keyakinan didahulukan pencapaian di utamakan".
FADHILAH GRUOP mempunyai falsafah "orang yang proaktif dan produktif merupakan modal insan yang paling urgen dalam membina sebuah cita-cita sebelum ia bertawakkal kepada-Nya".(chengNur).